MODUL TINGKATAN 4
21:00 |
TINGKATAN 5
BAB 1 TEMA : INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA
Kadar Tindak balas
- Menganalisis Kadar Tindak balas
- Mensintesis Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas
- Mensintesiskan idea tentang teori perlanggaran
- Mempraktikkan pengetahuan saintifik untuk meningkatkan kulaliti kehidupan
BAB 2 TEMA : INTERAKSI ANTARA BAHAN
Sebatian Karbon
- Memahami Sebatian Karbon
- Menganalisis Alkana
- Menganalisis Alkena
- Mensintesis idea isomerisme
- Menganalisis Alkohol
- Menganalisis Asid Karboksilik
- Menganalisis Ester
- Menilai Lemak
- Menganalisis Getah Asli
- Menyedari Ketertiban dalam Siri Homolog
- Mensyukuri kewujudan Pelbagai Bahan Organik dalam Alam
BAB 3 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA
Pengoksidaan dan Penurunan
- Menganalisis Tindak balas Redoks
- Menganalisis Pengaratan Sebagai Tindak balas Redoks
- Memahami siri kereaktifan logam dan aplikasinya
- Menganalisis tindak balas redoks dalam sel elektrolisis dan sel kimia
- Menghargai kebolehan unsur mengubah nombor pengoksidaannya
Termokimia
- Menilai Perubahan Tenaga Dalam Tindak Balas Kimia
- Memahami Haba Pemendakan
- Memahami Haba Penyesaran
- Memahami Haba Peneutralan
- Memahami Haba Pembakaran
- Menghargai Kewujudan Pelbagai Sumber Tenaga
Bahan Kimia Untuk Pengguna
- Menganalisis Sabun dan Detergen
- Menilai Penggunaan Bahan Tambah dalam Makanan
- Memahami Ubat
- Menghargai Kewujudan Bahan Kimia
19:48 |
TINGKATAN 4
BAB 1 TEMA : MEMPERKENALKAN KIMIA
Pengenalan Kepada Kimia
- Kimia dan Kepentingannya
- Mensintesiskan Kaedah Saintifik
BAB 2 TEMA : JIRIM DI SEKELILING KITA
Struktur Atom
- Jirim
- Struktur Atom
- Isotop dan Kepentingannya
- Susunan Elektron Atom
BAB 3 TEMA: JIRIM DI SEKELILING KITA
Formula dan Persamaan Kimia
- Jisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif
- Mol dan Bilangan Zarah
- Mol dan Jisim Bahan
- Mol dan Isipadu Gas
- Formula Kimia
- Persamaan Kimia
BAB 4 TEMA: JIRIM DI SEKELILING KITA
Jadual Berkala Unsur
- Jadual Berkala Unsur
- Unsur Kumpulan 18
- Unsur Kumpulan 1
- Unsur Kumpulan 17
- Unsur dalam Kala
- Unsur Peralihan
- Menghargai Kewujudan Unsur dan Sebatian Masing-masing
BAB 5 TEMA: JIRIM DI SEKELILING KITA
Ikatan Kimia
- Pembentukan Sebatian
- Pembentukan Ikatan Ion
- Pembentukan Ikatan Kovalen
- Sifat Sebatian Ion dan Sebatian Kovalen
BAB 6 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA
Elektrokimia
- Elektrolit, Bukan Elektrolit dan Konduktor
- Elektrolisis Sebatian Lebur
- Elektrolisis Larutan Akueus
- Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri
- Sel Kimia
- Siri Elektrokimia
- Membangunkan Kesedaran dan Amalan Bertanggungawab Semasa Mengendalikan Bahan Kimia yang Digunakan dalam Industri Elektrokimia
BAB 7 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA
Asid dan Bes
- Sifat dan ciri-ciri Asid dan Bes
- Konsep Asid Kuat, Asid Lemah, Alkali Kuat dan Alkali Lemah
- Kepekatan Asid dan Alkali
- Peneutralan
BAB 8 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA
Garam
- Garam
- Analisis Kualitatif Garam
BAB 9 TEMA: PENGHASILAN DAN PENGURUSAN BAHAN KIMIA BUATAN
Bahan Buatan dalam Industri
- Asid sulfurik
- Ammonia dan Garamnya
- Aloi
- Polimer Sintetik
- Kaca dan Seramik
- Menghargai Bahan Sintetik yang berbeza-beza
- Bahan Komposit
REFLEKSI SKP6014 (Minggu 9 / 27 April 2013)
19:58 |
Labels:
Reflection
Pada minggu ini adalah giliran kumpulan 9 untuk mempersembahkan perisian yang mereka pilih iaitu Microsoft Excel.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
v Pembelajaran pada minggu ini diteruskan dengan persembahan Microsoft excel oleh Kumpulan 9. Walaupun Microsoft Excel ini biasa kami gunakan di sekolah, namun masih ada beberapa fungsi dalam Excel yang kami tidak ketahui. Pada hari ini, kami ditunjukkan bagaimana untuk memasukkan markah-markah bagi pelajar-pelajar berserta dengan peratusan dan graf. Terima kasih kepada Kumpulan 9 kerana menambahkan lagi pengetahuan kami tentang excel.
REFLEKSI SKP6014 (Minggu 8 / 06 April 2013)
19:53 |
Labels:
Reflection
REFLEKSI SKP6014 (Minggu 8 / 06 April 2013)
Pada minggu ini adalah giliran kumpulan 6 dan kumpulan 8 untuk mempersembahkan perisian yang mereka pilih iaitu Prezi dan Advanced Power Point..
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
v Pembelajaran pada minggu ini dimulakan dengan sahabat kami Musfirah Salma yang menerangkan kepada kami tentang Aplikasi Prezi. Mudahnya, link Prezi ini terdapat di web MyGuru dan ini memudahkan kami untuk masuk ke perisian tersebut. Di bawah saya tuliskan langkah untuk log in ke Prezi.
MySis
↓
Prezi
↓
Sign up (grey button)
↓
Log in
↓
New Prezi – template
Seterusnya, kita boleh masukkan gambar atau memilih template yang kita suka serta boleh menyusun turutan mengikut kehendak kita.
v Kumpulan 6 yang dianggotai oleh Aziehan, Sakinah, Hanis dan Amirah mengambil alih kelas. Mereka menerangkan tentang :
ü Drag and drop – bagaimana untuk membuat label pada rajah dalam slideshow presentation.
ü Membina crossword dalam Power Point
REFLEKSI SKP6014 (Minggu 7 / 06 April 2013)
23:12 |
Labels:
Reflection
Minggu yang ditunggu-tungu akhirnya tiba. Minggu ini adalah giliran kumpulan kami iaitu kumpulan 7 untuk membentangkan berkenaan Microsoft One Note. Kumpulan 5 juga turut menerangkan kepada kami tentang Movie Maker. Pada 1 jam terakhir pula, Pensyarah kesayangan kami iaitu Cik Asmayati menunjukkan kepada kami cara menggunakan CamStudio.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø Microsoft One Note
v Setelah beberapa minggu kami belajar dan meneroka aplikasi Microsoft One Note ini, akhirnya kami sedikit sebanyak mampu untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat cara menggunakan aplikasi ini. One Note ini sangat memudahkan kita untuk menyusun maklumat-maklumat atau nota-nota secara lebih teratur. Peranannya seakan-akan fail yang biasa dibeli di kedai. Namun, One Note ini mampu menjadi fail interaktif.
Ø Movie Maker
v Movie Maker ini diterangkan oleh Kumpulan 5. Aplikasi ini pernah saya pelajari ketika pada zaman universiti dahulu. Namun hari ini, saya telah menggunakan Windows Live Movie Maker yang mana cara pembinaannya sedikit berbeza dengan Windows Movie Maker yang biasa digunakan sebelum ini. Ia lebih mudah dan selesa berbanding sebelum ini. Ini adalah contoh gambar-gambar yang saya susun dengan menggunakan windowa movie maker.
v CamStudio…. Aplikasi ini sangat-sangat membuat saya teruja untuk menggunakannya kerana ia sangat menarik. Kita boleh merakam aktiviti komputer kita untuk apa jua perkara yang dilakukan. Kita boleh membuat tutorial penggunaan sesuatu software dan boleh dimuat turun ke dalam Youtube.
Semangat kan Cik Asmayati.. We LOVE U FOREVER =) |
REFLEKSI SKP6014 (Minggu 6 / 30 Mac 2013)
20:09 |
Labels:
Reflection
Pada minggu ini, dua kumpulan telah membuat pembentangan kumpulan mereka iaitu Kumpulan 3 dan 4 dengan tajuk masing-masing iaitu Chemsketch dan Microsoft Publisher.
Ø Microsoft Publisher
v Kita boleh membuat kad bisnes, iklan, kad hari lahir dan pelbagai lagi dengan mengikut kreativiti sendiri. Ini dapat membantu kita mengembangkan idea kreatif dalam diri di samping menjimatkan wang. Ini contoh iklan yang saya buat dengan menggunakan Microsoft Publisher.
v Pertama kali saya didedahkan tentang Chemsketch. Sangat mengagumkan dan sangat praktikal untuk guru-guru Kimia dan Sains dalam menyediakan soalan atau modul. Cara bina struktur molekul sesuatu sebatian, alatan radas, dan banyak lagi. Ini contoh-contoh yang dapat dihasilkan daripada chemsketch ini.
Kekuatan : Kedua-dua perisian yang saya pelajari pada minggu ini sangat membantu saya dalam menyediakan bahan pengajaran saya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi ilmu dengan kami.
Molekul struktur yang dapat ditulis dengan mudah |
Pentitratan- alatan radas yang boleh kita lukis dan boleh digunakan untuk buat soalan exam atau modul. |
Molekul struktur yang dapat dilihat secara 3-D |
KUMPULAN 3 |
REFLEKSI SKP6014 (Minggu 5 / 23 Mac 2013)
21:21 |
Labels:
Reflection
REFLEKSI SKP6014 (Minggu 5 / 23 Mac 2013)
Pada minggu kelima kami menyambung sesi peer teaching iaitu Picasa.
Ø Picasa 3.9
Pernah dengar Picasa tetapi tidak pernah ambil tahu. Sangat seronok minggu ini kerana dapat satu lagi ilmu baru iaitu mengubahsuai gambar, video dengan menggunakan perisian Picasa 3.9. Pembentangan diberi oleh Fariz yang mewakili Kumpulan 2.
Kekuatan :
Ø Daripada gambar yang pucat, dengan menggunakan Picasa, ia menjadi gambar yang ceria. Sangat menarik dan menambah kreativiti kita. Contoh hasil kerja saya :
1 jam terakhir yang ada, Fariz berkongsi dengan kami bagaimana untuk menambahkan lagi gadgets di dalam laman blog kami. Thanks guys! ~Sharing is caring~
Kelihatan En. Fariz yang sedang tekun menerangkan kepada kami tentang Picasa =) |
Perancangan Kerjayaku
20:16 |
Labels:
Career development
Tcer mawar….itulah panggilan yang tidak pernah saya terbayangkan sebelum ini. Mempunyai pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan pengalaman ini banyak membantu saya membina kehidupan.
Guru menjadi pilihan kedua diri ini lantaran sifat saya yang tidak berani untuk bercakap di khalayak ramai. Kata orang, untuk menjadi guru kita perlu banyak bercakap dan berani tampil ke hadapan. Namun, perancangan ALLAH serta dorongan ayah supaya memilih UPSI semasa permohonan UPU sebelum ini menyebabkan saya berdiri sehingga ke hari ini sebagai seorang guru yang akan berbakti kepada anak bangsa. Dari sehari ke sehari cintaku kepada bidang perguruan ini semakin bertambah dan terus mekar.
Hampir enam tahun mendidik pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Kimia memberi kekuatan dan semangat untuk saya terus mencari teknik-teknik terkini dalam pengajaran. Pengalaman adalah satu pendidikan terbaik untuk kita. Melalui pengalaman inilah saya akan terus mencari nilai diri seorang guru bagi membina nilai seorang modal insan. Tugas ini saya terima dengan penuh tanggung jawab. Dengan izinNYA, sasaran saya setelah 10 tahun tempoh berkhidmat di bidang ini, saya akan majukan diri untuk menjadi seorang guru yang lebih cemerlang dan mempunyai modul-modul yang saya bina sendiri untuk dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar..
Subscribe to:
Posts (Atom)