Powered by Blogger.
RSS

Perancangan Kerjayaku





          Tcer mawar….itulah panggilan yang tidak pernah saya terbayangkan sebelum ini. Mempunyai pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan pengalaman ini banyak membantu saya membina kehidupan.
         Guru menjadi pilihan kedua diri ini lantaran sifat saya yang  tidak berani untuk bercakap di khalayak ramai. Kata orang, untuk menjadi guru kita perlu banyak bercakap dan berani tampil ke hadapan. Namun, perancangan ALLAH serta dorongan ayah supaya memilih UPSI semasa permohonan UPU sebelum ini menyebabkan saya berdiri sehingga ke hari ini sebagai seorang guru yang akan berbakti kepada anak bangsa. Dari sehari ke sehari cintaku kepada bidang perguruan ini semakin bertambah dan terus mekar.
         Hampir enam tahun mendidik pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Kimia memberi kekuatan dan semangat untuk saya terus mencari teknik-teknik terkini dalam pengajaran. Pengalaman adalah satu pendidikan terbaik untuk kita. Melalui pengalaman inilah saya akan terus mencari nilai diri seorang guru bagi membina nilai seorang modal insan. Tugas  ini saya terima dengan penuh tanggung jawab. Dengan izinNYA,  sasaran saya setelah 10 tahun tempoh berkhidmat di bidang ini, saya akan majukan diri untuk menjadi seorang guru yang lebih cemerlang dan mempunyai modul-modul yang saya bina sendiri untuk dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment