Powered by Blogger.
RSS

REFLEKSI (Minggu 2 / 02 Mac 2013)


Pada minggu ini, Cik Asmayati menerangkan senarai tugasan yang perlu disediakan oleh kami sepanjang semester dua ini . Di antara tugasan yang diberikan ialah :
1.      Pembinaan e-portfolio (blog) menggunakan laman percuma ‘blogspot’
2.      Online learning resources (Khan Academy) - pelajar perlu membina sumber pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh semua orang. Pembelajaran mestilah merangkumi silibus kimia tingkatan empat atau lima yang mempunyai gambar rajah, simulasi komputer atau apa sahaja aktiviti yang menarik minat pembaca.
3.      Teaching peers – setiap kumpulan perlu memilih mana-mana perisian percuma untuk dipersembahkan kepada kumpulan-kumpulan lain
4.      Essay – pelajar perlu menulis karangan secara ilmiah yang bertemakan “The Future of Learning: School in the Cloud”
5.      Forum – setiap pelajar perlu berforum di web MyGuru mengikut tarikh dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah
6.      Simulation/Modeling – pelajar mencari satu topik dalam silibus kimia dan setiap kumpulan perlu mereka bentuk aktiviti berasaskan 3E (Engage, Empower, Enhance)
7.      Learning Resources setiap kumpulan perlu memilih satu topik dalam silibus kimia dan merekodkan pembelajaran tersebut menggunakan perisian-perisian tertentu yang mudah diakses oleh pelajar lain
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø  Khan Academy : Pertama kali saya membuka dan melihat hasil dalam web Khan Academy ini dan ia membuatkan saya sangat teruja. Banyak maklumat yang dapat saya pelajari daripada laman web ini dan boleh dijadikan rujukan saya untuk pengajaran di dalam kelas kelak.

Ø  Tugasan Teaching Peers : Tugasan ini telah mendedahkan saya bahawa terdapat banyak perisian percuma yang boleh digunakan untuk pengajaran seperti Cam Studio, Picasa, Chem Sketch, Preezi dan lain-lain lagi. Saya berada dalam kumpulan 7 yang mana kumpulan kami akan membentangkan aplikasi Microsoft One Note.

My group members : From Left, Aadila, Me, Lee and Wong  p(0_0)q
Kekuatan  :

Ø  Pelbagai perisian percuma yang ada telah membuka minda dan minat saya untuk mempelajari perisian tersebut. Sebelum ini, saya hanya selesa menggunakan Microsoft Power Point di dalam kelas, namun hari ini saya sedar bahawa ilmu ICT ini sangat luas dan terdapat pelbagai perisian yang boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan tunjuk ajar  pensyarah dan rakan-rakan.
Kelemahan :
Ø  Line internet yang perlahan mengganggu proses pembelajaran berjalan lancar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment