Powered by Blogger.
RSS

REFLEKSI SKP6014 (Minggu 7 / 06 April 2013)


Minggu yang ditunggu-tungu akhirnya tiba. Minggu ini adalah giliran kumpulan kami iaitu kumpulan 7 untuk membentangkan berkenaan Microsoft One Note. Kumpulan 5 juga turut menerangkan kepada kami tentang Movie Maker. Pada 1 jam terakhir pula, Pensyarah kesayangan kami iaitu Cik Asmayati menunjukkan kepada kami cara menggunakan CamStudio.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø Microsoft One Note


v Setelah beberapa minggu kami belajar dan meneroka aplikasi Microsoft One Note ini, akhirnya kami sedikit sebanyak mampu untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat cara menggunakan aplikasi ini. One Note ini sangat memudahkan kita untuk menyusun maklumat-maklumat atau nota-nota secara lebih teratur. Peranannya seakan-akan fail yang biasa dibeli di kedai. Namun, One Note ini mampu menjadi fail interaktif.

Ø Movie Maker

v Movie Maker ini diterangkan oleh Kumpulan 5. Aplikasi ini pernah saya pelajari ketika pada zaman universiti dahulu. Namun hari ini, saya telah menggunakan Windows Live Movie Maker yang mana cara pembinaannya sedikit berbeza dengan Windows Movie Maker yang biasa digunakan sebelum ini. Ia lebih mudah dan selesa berbanding sebelum ini. Ini adalah contoh gambar-gambar yang saya susun dengan menggunakan windowa movie maker.



Ø CamStudio


v CamStudio…. Aplikasi ini sangat-sangat membuat saya teruja untuk menggunakannya kerana ia sangat menarik. Kita boleh merakam aktiviti  komputer  kita untuk apa jua perkara yang dilakukan. Kita boleh membuat tutorial penggunaan sesuatu software dan boleh dimuat turun ke dalam Youtube.
Semangat kan Cik Asmayati.. We LOVE U FOREVER =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment