Powered by Blogger.
RSS

MODUL TINGKATAN 4







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


TINGKATAN 5

BAB 1 TEMA : INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA
    
                 Kadar Tindak balas
  •       Menganalisis Kadar Tindak balas
  •       Mensintesis Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas  
  •       Mensintesiskan idea tentang teori perlanggaran
  •       Mempraktikkan pengetahuan saintifik untuk meningkatkan kulaliti kehidupan

BAB 2 TEMA : INTERAKSI ANTARA BAHAN

                  Sebatian Karbon
  •        Memahami Sebatian Karbon
  •        Menganalisis Alkana
  •        Menganalisis Alkena
  •        Mensintesis idea isomerisme
  •        Menganalisis Alkohol
  •        Menganalisis Asid Karboksilik
  •        Menganalisis Ester
  •        Menilai Lemak
  •        Menganalisis Getah Asli
  •        Menyedari Ketertiban dalam Siri Homolog
  •        Mensyukuri kewujudan Pelbagai Bahan Organik dalam Alam 

BAB 3 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA

                 Pengoksidaan dan Penurunan
  •        Menganalisis Tindak balas Redoks
  •        Menganalisis Pengaratan Sebagai Tindak balas Redoks
  •        Memahami siri kereaktifan logam dan aplikasinya
  •        Menganalisis tindak balas redoks dalam sel elektrolisis dan sel kimia
  •        Menghargai kebolehan unsur mengubah nombor pengoksidaannya
  •         
BAB 4 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN

               Termokimia
  •      Menilai Perubahan Tenaga Dalam Tindak Balas Kimia
  •      Memahami Haba Pemendakan
  •      Memahami Haba Penyesaran
  •      Memahami Haba Peneutralan
  •      Memahami Haba Pembakaran
  •      Menghargai Kewujudan Pelbagai Sumber Tenaga
BAB 5 TEMA: PENGHASILAN DAN PENGURUSAN BAHAN KIMIA

                  Bahan Kimia Untuk Pengguna
  •        Menganalisis Sabun dan Detergen
  •        Menilai Penggunaan Bahan Tambah dalam Makanan
  •        Memahami Ubat
  •        Menghargai Kewujudan Bahan Kimia


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


TINGKATAN 4

BAB 1 TEMA : MEMPERKENALKAN KIMIA
    
                 Pengenalan Kepada Kimia
  •       Kimia dan Kepentingannya
  •       Mensintesiskan Kaedah Saintifik

BAB 2 TEMA : JIRIM DI SEKELILING KITA

                  Struktur Atom
  •        Jirim
  •        Struktur Atom
  •        Isotop dan Kepentingannya
  •        Susunan Elektron Atom

BAB 3 TEMA: JIRIM DI SEKELILING KITA

                 Formula dan Persamaan Kimia
  •        Jisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif
  •        Mol dan Bilangan Zarah
  •        Mol dan Jisim Bahan
  •        Mol dan Isipadu Gas
  •        Formula Kimia
  •        Persamaan Kimia

BAB 4 TEMA: JIRIM DI SEKELILING KITA

               Jadual Berkala Unsur
  •      Jadual Berkala Unsur
  •      Unsur Kumpulan 18
  •      Unsur Kumpulan 1
  •      Unsur Kumpulan 17
  •      Unsur dalam Kala
  •      Unsur Peralihan
  •      Menghargai Kewujudan Unsur dan Sebatian Masing-masing

BAB 5 TEMA: JIRIM DI SEKELILING KITA

                  Ikatan Kimia
  •        Pembentukan Sebatian
  •        Pembentukan Ikatan Ion
  •        Pembentukan Ikatan Kovalen
  •        Sifat Sebatian Ion dan Sebatian Kovalen

BAB 6 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA

                 Elektrokimia
  •        Elektrolit, Bukan Elektrolit dan Konduktor
  •        Elektrolisis Sebatian Lebur
  •        Elektrolisis Larutan Akueus
  •        Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri
  •        Sel Kimia
  •        Siri Elektrokimia
  •        Membangunkan Kesedaran dan Amalan Bertanggungawab Semasa Mengendalikan Bahan        Kimia yang Digunakan dalam Industri Elektrokimia

BAB 7 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA

                 Asid dan Bes
  •        Sifat dan ciri-ciri Asid dan Bes
  •        Konsep Asid Kuat, Asid Lemah, Alkali Kuat dan Alkali Lemah
  •        Kepekatan Asid dan Alkali
  •        Peneutralan

BAB 8 TEMA: INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIA

                 Garam
  •        Garam
  •       Analisis Kualitatif Garam

BAB 9 TEMA: PENGHASILAN DAN PENGURUSAN BAHAN KIMIA BUATAN

                  Bahan Buatan dalam Industri
  •         Asid sulfurik
  •         Ammonia dan Garamnya
  •         Aloi
  •         Polimer Sintetik
  •        Kaca dan Seramik
  •        Menghargai Bahan Sintetik yang berbeza-beza
  •        Bahan Komposit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI SKP6014 (Minggu 9 / 27 April 2013)

REFLEKSI  SKP6014    (Minggu 9 / 27 April  2013)

Pada minggu ini adalah giliran kumpulan 9 untuk mempersembahkan perisian yang mereka pilih iaitu Microsoft Excel.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø Microsoft Excel

v Pembelajaran pada minggu ini diteruskan dengan persembahan Microsoft excel oleh Kumpulan 9. Walaupun Microsoft Excel ini biasa kami gunakan di sekolah, namun masih ada beberapa fungsi dalam Excel yang kami tidak ketahui. Pada hari ini, kami ditunjukkan bagaimana untuk memasukkan markah-markah bagi pelajar-pelajar berserta dengan peratusan dan graf. Terima kasih kepada Kumpulan 9 kerana menambahkan lagi pengetahuan kami tentang excel.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI SKP6014 (Minggu 8 / 06 April 2013)

REFLEKSI  SKP6014    (Minggu 8 / 06 April  2013)

Pada minggu ini adalah giliran kumpulan 6 dan kumpulan 8 untuk mempersembahkan perisian yang mereka pilih iaitu Prezi dan Advanced Power Point..
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø Prezi
v Pembelajaran pada minggu ini dimulakan dengan sahabat kami Musfirah Salma yang menerangkan kepada kami tentang Aplikasi Prezi. Mudahnya, link Prezi ini terdapat di web MyGuru dan ini memudahkan kami untuk masuk ke perisian tersebut. Di bawah saya tuliskan langkah untuk log in ke Prezi.
MySis
Prezi
Sign up (grey button)
Log in
New Prezi – template
Seterusnya, kita boleh masukkan gambar atau memilih template yang kita suka serta boleh menyusun turutan mengikut kehendak kita.

Puan Musfirah yang sedang serius memberi penerangan =)

Ø Advanced Power Point
v Kumpulan 6 yang dianggotai oleh Aziehan, Sakinah, Hanis dan Amirah mengambil alih kelas. Mereka menerangkan tentang :
ü Drag and drop – bagaimana untuk membuat label pada rajah dalam slideshow presentation.
ü Membina crossword dalam Power Point

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI SKP6014 (Minggu 7 / 06 April 2013)


Minggu yang ditunggu-tungu akhirnya tiba. Minggu ini adalah giliran kumpulan kami iaitu kumpulan 7 untuk membentangkan berkenaan Microsoft One Note. Kumpulan 5 juga turut menerangkan kepada kami tentang Movie Maker. Pada 1 jam terakhir pula, Pensyarah kesayangan kami iaitu Cik Asmayati menunjukkan kepada kami cara menggunakan CamStudio.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø Microsoft One Note


v Setelah beberapa minggu kami belajar dan meneroka aplikasi Microsoft One Note ini, akhirnya kami sedikit sebanyak mampu untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat cara menggunakan aplikasi ini. One Note ini sangat memudahkan kita untuk menyusun maklumat-maklumat atau nota-nota secara lebih teratur. Peranannya seakan-akan fail yang biasa dibeli di kedai. Namun, One Note ini mampu menjadi fail interaktif.

Ø Movie Maker

v Movie Maker ini diterangkan oleh Kumpulan 5. Aplikasi ini pernah saya pelajari ketika pada zaman universiti dahulu. Namun hari ini, saya telah menggunakan Windows Live Movie Maker yang mana cara pembinaannya sedikit berbeza dengan Windows Movie Maker yang biasa digunakan sebelum ini. Ia lebih mudah dan selesa berbanding sebelum ini. Ini adalah contoh gambar-gambar yang saya susun dengan menggunakan windowa movie maker.



Ø CamStudio


v CamStudio…. Aplikasi ini sangat-sangat membuat saya teruja untuk menggunakannya kerana ia sangat menarik. Kita boleh merakam aktiviti  komputer  kita untuk apa jua perkara yang dilakukan. Kita boleh membuat tutorial penggunaan sesuatu software dan boleh dimuat turun ke dalam Youtube.
Semangat kan Cik Asmayati.. We LOVE U FOREVER =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI SKP6014 (Minggu 6 / 30 Mac 2013)


Pada minggu ini, dua kumpulan telah membuat pembentangan kumpulan mereka iaitu Kumpulan 3 dan 4 dengan tajuk masing-masing iaitu Chemsketch dan Microsoft Publisher.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :

Ø Microsoft Publisher
v Kita boleh membuat kad bisnes, iklan, kad hari lahir dan pelbagai lagi dengan mengikut kreativiti sendiri. Ini dapat membantu kita mengembangkan idea kreatif dalam diri di samping menjimatkan wang.  Ini contoh iklan yang saya buat dengan menggunakan Microsoft Publisher.



Ø Chemsketch

v Pertama kali saya didedahkan tentang Chemsketch. Sangat mengagumkan dan sangat praktikal untuk guru-guru Kimia dan Sains dalam menyediakan soalan atau modul. Cara bina struktur molekul sesuatu sebatian, alatan radas, dan banyak lagi. Ini contoh-contoh yang dapat dihasilkan daripada chemsketch ini.


Molekul struktur yang dapat ditulis dengan mudah



Pentitratan- alatan radas yang boleh kita lukis dan boleh digunakan untuk buat soalan exam atau modul.

Molekul struktur yang dapat dilihat secara 3-D

Kekuatan :  Kedua-dua perisian yang saya pelajari pada minggu ini sangat membantu saya dalam menyediakan bahan pengajaran saya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi ilmu dengan kami.

KUMPULAN 3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI SKP6014 (Minggu 5 / 23 Mac 2013)

REFLEKSI  SKP6014    (Minggu 5 / 23 Mac  2013)
Pada minggu kelima kami menyambung sesi peer teaching iaitu Picasa.
Ø Picasa 3.9

Pernah dengar Picasa tetapi tidak pernah ambil tahu. Sangat seronok minggu ini kerana dapat satu lagi ilmu baru iaitu mengubahsuai gambar, video dengan menggunakan perisian Picasa 3.9. Pembentangan diberi oleh Fariz yang mewakili Kumpulan 2.
Kekuatan  :
Ø Daripada gambar yang pucat, dengan menggunakan Picasa, ia menjadi gambar yang ceria. Sangat menarik dan menambah kreativiti kita. Contoh hasil kerja saya :

       ---->>


 
1 jam terakhir yang ada, Fariz berkongsi dengan kami bagaimana untuk menambahkan lagi gadgets di dalam laman blog kami. Thanks guys! ~Sharing is caring~


Kelihatan En. Fariz yang sedang tekun menerangkan kepada kami tentang Picasa =)
 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perancangan Kerjayaku





          Tcer mawar….itulah panggilan yang tidak pernah saya terbayangkan sebelum ini. Mempunyai pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan pengalaman ini banyak membantu saya membina kehidupan.
         Guru menjadi pilihan kedua diri ini lantaran sifat saya yang  tidak berani untuk bercakap di khalayak ramai. Kata orang, untuk menjadi guru kita perlu banyak bercakap dan berani tampil ke hadapan. Namun, perancangan ALLAH serta dorongan ayah supaya memilih UPSI semasa permohonan UPU sebelum ini menyebabkan saya berdiri sehingga ke hari ini sebagai seorang guru yang akan berbakti kepada anak bangsa. Dari sehari ke sehari cintaku kepada bidang perguruan ini semakin bertambah dan terus mekar.
         Hampir enam tahun mendidik pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Kimia memberi kekuatan dan semangat untuk saya terus mencari teknik-teknik terkini dalam pengajaran. Pengalaman adalah satu pendidikan terbaik untuk kita. Melalui pengalaman inilah saya akan terus mencari nilai diri seorang guru bagi membina nilai seorang modal insan. Tugas  ini saya terima dengan penuh tanggung jawab. Dengan izinNYA,  sasaran saya setelah 10 tahun tempoh berkhidmat di bidang ini, saya akan majukan diri untuk menjadi seorang guru yang lebih cemerlang dan mempunyai modul-modul yang saya bina sendiri untuk dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Form Four

HISTORY OF ATOMIC MODEL DEVELOPMENT


ATOMIC NUMBER AND MASS NUMBER


PERIODIC TABLE


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VIEW MY EXPERIMENTS' LIST =)

EKSPERIMEN MENGKAJI TINDAK BALAS LOGAM ALKALI DENGAN AIR 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Falsafah Pengajaranku

Falsafah pengajaran saya dibentuk daripada pengalaman hidup saya di sepanjang mempelajari ilmu kimia. Betapa subjek ini sangat sukar buat saya dan apa yang diajar cikgu ketika itu seolah-olah tidak masuk ke minda. Tanpa disangka saya diberi peluang dan ruang untuk menjadi seorang guru kimia. Kesukaran  saya belajar kimia ketika di tingkatan empat dan lima dahulu membuatkan saya sentiasa terfikir bahawa adakah pelajar-pelajarku ini faham apa yang aku sampaikan pada mereka? Atau mereka juga seperti diri ini yang terkial-kial mencari titik kefahaman konsep-konsep kimia? Lantaran itu, saya berazam untuk memastikan setiap pelajar faham dan tahu apa yang saya sampaikan. Saya mahu setiap pelajar masuk ke alam kimia . Mereka harus faham setiap konsep dalam setiap bab yang diajar. Saya ingin memastikan mereka tahu di mana jawapan harus dicari apabila sesuatu soalan kimia diberikan.
4 tahun mengajar subjek kimia ini, membantu diri saya untuk memperbaiki setiap kaedah pengajaran saya. Setiap tahun, kaedah yang digunakan dalam pengajaran saya adalah berbeza-beza dan ia menjadi semakin baik. Tujuan saya hanya satu iaitu mencari kaedah termudah dan terbaik untuk pelajar-pelajar memahami konsep kimia. Semua pelajar harus dipandang tinggi  tanpa mengira gred keputusan mereka. Namun, pelajar  yang cemerlang ialah pelajar yang tahu apa yang dia faham dan tahu apa yang dia tidak faham. Tanggung jawab kitalah untuk membentuk kefahaman itu. Proses pembelajaran yang berkesan akan berlaku apabila guru dan  pelajar  berkomunikasi secara dua hala yang mana guru dapat memberi kefahaman kepada pelajar bagi setiap apa yang diajar manakala pelajar faham setiap apa yang disampaikan guru. Falsafah pengajaran saya hanyalah ingin memastikan pelajar faham setiap konsep kimia dengan cara yang paling mudah. Saya ingin memastikan  pelajar rasa bahawa kimia ini adalah satu subjek yang menarik dan mengagumkan.
Kimia dan kemahiran mengendalikan alat radas ibarat kehidupan dan kebahagiaan. Apa guna hidup andai tidak bahagia. Apa guna belajar kimia tetapi tidak tahu mengendalikan alat radas. Sehubungan itu, setiap pelajar kimia harus menguasai kemahiran mengendalikan alat radas. Kemahiran tersebut sangat berguna untuk mereka aplikasikan di peringkat pengajian mereka yang seterusnya. Guru-guru harus tahu bahawa sekolah adalah  sumber utama untuk pelajar-pelajar kimia memperoleh pengalaman menggunakan alat radas. Menjadi tanggung jawab kita untuk membina pengalaman tersebut dalam diri pelajar. Terbinanya satu modal insan adalah dengan sentuhan ilmu daripada seorang guru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI (Minggu 4 / 16 Mac 2013)


Pada minggu keempat, kami menyambung sesi peer teaching kumpulan 1 iaitu pembinaan blog.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø  Pembinaan e-portfolio (blog) – Drop Down Menu
Pada kali ini, kami didedahkan dengan cara untuk memasukkan dropdown menu ke dalam blog. Kami diminta untuk melayari laman web : http://pixopoint.com/products/suckerfish_css/
Di sini, kami boleh mereka bentuk warna, tulisan dan gaya drop down menu mengikut pilihan masing-masing. Selepas selesai mereka bentuk dan SUBMIT DESIGN, CSS Code akan diberikan dan kita perlu memasukkan kod tersebut di ruangan edit html.
        Dashboard blogger à more optionà template à layout à edit html
Seterusnya, kami mengikut langkah-langkah seperti yang tertulis di helaian nota yang diberikan oleh kumpulan 1 ini sehinggalah drop down menu kami akan kelihatan di halaman utama blog seperti di bawah.

Kekuatan  :
Ø  Satu perkembangan ilmu buat saya kerana penggunaan drop down menu ini sangat praktikal kerana ia sangat memudahkan pembaca blog untuk mengakses blog kita mengikut item-item pilihan. Terdapat juga banyak pilihan drop down menu yang ada di web-web selain yang dicadangkan oleh Faizal and de group ini.
Kelemahan :
Ø  Drop down menu ini agak sukar untuk diaplikasi apabila kita menggunakan template tertentu. Template yang saya pilih untuk blog ini juga agak sukar untuk dimasukkan drop down menu dan saya keep trying untuk mencari drop down menu yang sesuai dan praktikal untuk blog saya ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI (Minggu 3 / 09 Mac 2013)

Pada minggu 3 ini, pembelajaran menjadi semakin menarik. Pensyarah dan pelajar-pelajar menjadi lebih selesa bekerjasama antara satu sama lain. Pensyarah turut memberi penjelasan lebih lanjut berkenaan dengan tugasan yang diberikan dan senarai tugasan ini boleh dimuat turun di web MyGuru.
Pada jam pertama,  Cik Asmayati  menerangkan kepada kami dengan lebih lanjut akan setiap tugasan yang perlu kami lakukan dan tarikh akhir setiap tugasan perlu dihantar. Beliau memberi penekanan kepada pengisian yang perlu ada di dalam e-porfolio kami iaitu :
1)      Our profile including picture
2)      Career development pelan
3)      Our teaching philosophy
4)      Our list of assignment – include link of the assignment or compose directly in the blog
5)      Our Reflections for every week activities
6)      Online survey form and feedback if possible
7)      Artifacts any related materials

Tarikh akhir bagi menyiapkan blog ialah Minggu 12 (11 Mei 2013)
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø  Pembinaan e-portfolio (blog)

Pada jam seterusnya, kelas disambung dengan tugasan peer teaching yang dimulakan dengan kumpulan 1 dengan tugasan mereka iaitu membina blog. Kumpulan 1 ini terdiri daripada Faizal, Helmi, Balan dan Durairaj. Pada tarikh ini,  akhirnya saya berpeluang untuk membuka blog bagi subjek kimia yang  telah lama saya inginkan. Tanpa berfikir panjang, nama yang terpilih untuk nama blog saya ini ialah :

www.mytruechemistry.blogspot.com
Terima kasih kepada Faizal and de group yang menunjuk ajar kami satu-persatu untuk membina blog ini. Korang memang sesuai jadi Cikgu. Hehe..  Ok. Secara ringkasnya, ini adalah steps untuk kita memulakan langkah bagi membina blog dengan menggunakan web blogspot. Kredit untuk laman web ini sebab sangat-sangat friendly =)
Mula dengan  google.com àbloggerà create your free blogàsign up, contoh:  (m.awar8411@gmail.com) à continue to bloggerà new blogàcreate new blog, contoh:  (MyTrueChemistry) àcreate new postàseterusnya, kita  bolehlah masukkan sebarang info, gambar, video dan apa jua bahan untuk dimuatkan di dalam blog kita à explore lagi pelbagai perkara mengenai blogspot yang pastinya akan mencantikkan lagi  blog kita.
      Kekuatan  :

Ø  Walaupun saya pernah membina blog sebelum ini, namun ilmu yang dikongsi sangat bermakna kerana kami diajar bagaimana untuk memasukkan header yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan. Selain itu, tugasan untuk membina blog ini sangat bermanfaat buat kami kerana blog ini boleh kami teruskan walaupun kami telah habis belajar di sini. Pastinya blog kami ini juga dapat dimanfaatkan oleh anak-anak murid kami.
Kelemahan :
Ø  Line Internet sangat perlahan dan merencatkan kelancaran proses pembinaan blog kami.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI (Minggu 2 / 02 Mac 2013)


Pada minggu ini, Cik Asmayati menerangkan senarai tugasan yang perlu disediakan oleh kami sepanjang semester dua ini . Di antara tugasan yang diberikan ialah :
1.      Pembinaan e-portfolio (blog) menggunakan laman percuma ‘blogspot’
2.      Online learning resources (Khan Academy) - pelajar perlu membina sumber pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh semua orang. Pembelajaran mestilah merangkumi silibus kimia tingkatan empat atau lima yang mempunyai gambar rajah, simulasi komputer atau apa sahaja aktiviti yang menarik minat pembaca.
3.      Teaching peers – setiap kumpulan perlu memilih mana-mana perisian percuma untuk dipersembahkan kepada kumpulan-kumpulan lain
4.      Essay – pelajar perlu menulis karangan secara ilmiah yang bertemakan “The Future of Learning: School in the Cloud”
5.      Forum – setiap pelajar perlu berforum di web MyGuru mengikut tarikh dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah
6.      Simulation/Modeling – pelajar mencari satu topik dalam silibus kimia dan setiap kumpulan perlu mereka bentuk aktiviti berasaskan 3E (Engage, Empower, Enhance)
7.      Learning Resources setiap kumpulan perlu memilih satu topik dalam silibus kimia dan merekodkan pembelajaran tersebut menggunakan perisian-perisian tertentu yang mudah diakses oleh pelajar lain
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø  Khan Academy : Pertama kali saya membuka dan melihat hasil dalam web Khan Academy ini dan ia membuatkan saya sangat teruja. Banyak maklumat yang dapat saya pelajari daripada laman web ini dan boleh dijadikan rujukan saya untuk pengajaran di dalam kelas kelak.

Ø  Tugasan Teaching Peers : Tugasan ini telah mendedahkan saya bahawa terdapat banyak perisian percuma yang boleh digunakan untuk pengajaran seperti Cam Studio, Picasa, Chem Sketch, Preezi dan lain-lain lagi. Saya berada dalam kumpulan 7 yang mana kumpulan kami akan membentangkan aplikasi Microsoft One Note.

My group members : From Left, Aadila, Me, Lee and Wong  p(0_0)q
Kekuatan  :

Ø  Pelbagai perisian percuma yang ada telah membuka minda dan minat saya untuk mempelajari perisian tersebut. Sebelum ini, saya hanya selesa menggunakan Microsoft Power Point di dalam kelas, namun hari ini saya sedar bahawa ilmu ICT ini sangat luas dan terdapat pelbagai perisian yang boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan tunjuk ajar  pensyarah dan rakan-rakan.
Kelemahan :
Ø  Line internet yang perlahan mengganggu proses pembelajaran berjalan lancar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS