Powered by Blogger.
RSS

Refleksi Minggu 1 (23 Februari 2013)

REFLEKSI  SKP6014
(Minggu 1)

Pembelajaran bagi subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran kimia (SKP6014) pada hari ini sangat menarik minat saya untuk terus bersemangat meneruskan sesi semester dua ini dengan baik. Pada awalnya saya tidak berapa jelas berkenaan kursus ini, namun setelah tiga jam berada di dalam kelas ini, seolah-olah saya menghadiri kelas komputer yang mana ilmu yang saya peroleh ini sangat bermanfaat untuk diri saya dan bidang kerja saya.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø  Google Drive   
Saya memang selalu menggunakan khidmat e-mel akaun Google, namun tidak pernah menggunakan Google Drive. Pengetahuan untuk menggunakan Google Drive yang baru saya timba hari ini sangat membantu saya menyimpan sebarang fail atau dokumen di dalam Google Drive tanpa perlu menggunakan ‘pen drive’ atau ‘external hard disk’. Selain itu, saya dapat mengetahui cara membuat ‘online survey’ dengan lebih praktikal tanpa perlu menggunakan sebarang ‘software’.
Ø  Forum di Web MyGuru
Penulisan dan perkongsian ilmiah berkenaan ICT di forum MyGuru telah mendorong kami untuk bergiat aktif di forum di samping menggalakkan kami bertukar-tukar pendapat sesama ahli kumpulan. Selain itu, aktiviti penulisan forum ini dapat meningkatkan kemahiran menulis dan penggunaan web MyGuru secara maksimum dan lebih praktikal.
Kekuatan  :
·         Google Drive adalah sesuatu yang baru bagi saya. Tugasan secara berkumpulan sangat membantu saya untuk mahir dalam menggunakan Google Drive ini kerana kami dapat saling berkongsi ilmu di samping saling memberi tunjuk ajar.
Kelemahan :
·         Jika’ handout’ disediakan adalah lebih mudah untuk kami. Namun apa yang ditunjuk ajar oleh Cik Asmayati sangat berguna dan disebabkan Cik Asmayati yang sporting, sangat memudahkan kami =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment