Powered by Blogger.
RSS

Form Four

HISTORY OF ATOMIC MODEL DEVELOPMENT


ATOMIC NUMBER AND MASS NUMBER


PERIODIC TABLE


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VIEW MY EXPERIMENTS' LIST =)

EKSPERIMEN MENGKAJI TINDAK BALAS LOGAM ALKALI DENGAN AIR 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Falsafah Pengajaranku

Falsafah pengajaran saya dibentuk daripada pengalaman hidup saya di sepanjang mempelajari ilmu kimia. Betapa subjek ini sangat sukar buat saya dan apa yang diajar cikgu ketika itu seolah-olah tidak masuk ke minda. Tanpa disangka saya diberi peluang dan ruang untuk menjadi seorang guru kimia. Kesukaran  saya belajar kimia ketika di tingkatan empat dan lima dahulu membuatkan saya sentiasa terfikir bahawa adakah pelajar-pelajarku ini faham apa yang aku sampaikan pada mereka? Atau mereka juga seperti diri ini yang terkial-kial mencari titik kefahaman konsep-konsep kimia? Lantaran itu, saya berazam untuk memastikan setiap pelajar faham dan tahu apa yang saya sampaikan. Saya mahu setiap pelajar masuk ke alam kimia . Mereka harus faham setiap konsep dalam setiap bab yang diajar. Saya ingin memastikan mereka tahu di mana jawapan harus dicari apabila sesuatu soalan kimia diberikan.
4 tahun mengajar subjek kimia ini, membantu diri saya untuk memperbaiki setiap kaedah pengajaran saya. Setiap tahun, kaedah yang digunakan dalam pengajaran saya adalah berbeza-beza dan ia menjadi semakin baik. Tujuan saya hanya satu iaitu mencari kaedah termudah dan terbaik untuk pelajar-pelajar memahami konsep kimia. Semua pelajar harus dipandang tinggi  tanpa mengira gred keputusan mereka. Namun, pelajar  yang cemerlang ialah pelajar yang tahu apa yang dia faham dan tahu apa yang dia tidak faham. Tanggung jawab kitalah untuk membentuk kefahaman itu. Proses pembelajaran yang berkesan akan berlaku apabila guru dan  pelajar  berkomunikasi secara dua hala yang mana guru dapat memberi kefahaman kepada pelajar bagi setiap apa yang diajar manakala pelajar faham setiap apa yang disampaikan guru. Falsafah pengajaran saya hanyalah ingin memastikan pelajar faham setiap konsep kimia dengan cara yang paling mudah. Saya ingin memastikan  pelajar rasa bahawa kimia ini adalah satu subjek yang menarik dan mengagumkan.
Kimia dan kemahiran mengendalikan alat radas ibarat kehidupan dan kebahagiaan. Apa guna hidup andai tidak bahagia. Apa guna belajar kimia tetapi tidak tahu mengendalikan alat radas. Sehubungan itu, setiap pelajar kimia harus menguasai kemahiran mengendalikan alat radas. Kemahiran tersebut sangat berguna untuk mereka aplikasikan di peringkat pengajian mereka yang seterusnya. Guru-guru harus tahu bahawa sekolah adalah  sumber utama untuk pelajar-pelajar kimia memperoleh pengalaman menggunakan alat radas. Menjadi tanggung jawab kita untuk membina pengalaman tersebut dalam diri pelajar. Terbinanya satu modal insan adalah dengan sentuhan ilmu daripada seorang guru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI (Minggu 4 / 16 Mac 2013)


Pada minggu keempat, kami menyambung sesi peer teaching kumpulan 1 iaitu pembinaan blog.
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø  Pembinaan e-portfolio (blog) – Drop Down Menu
Pada kali ini, kami didedahkan dengan cara untuk memasukkan dropdown menu ke dalam blog. Kami diminta untuk melayari laman web : http://pixopoint.com/products/suckerfish_css/
Di sini, kami boleh mereka bentuk warna, tulisan dan gaya drop down menu mengikut pilihan masing-masing. Selepas selesai mereka bentuk dan SUBMIT DESIGN, CSS Code akan diberikan dan kita perlu memasukkan kod tersebut di ruangan edit html.
        Dashboard blogger à more optionà template à layout à edit html
Seterusnya, kami mengikut langkah-langkah seperti yang tertulis di helaian nota yang diberikan oleh kumpulan 1 ini sehinggalah drop down menu kami akan kelihatan di halaman utama blog seperti di bawah.

Kekuatan  :
Ø  Satu perkembangan ilmu buat saya kerana penggunaan drop down menu ini sangat praktikal kerana ia sangat memudahkan pembaca blog untuk mengakses blog kita mengikut item-item pilihan. Terdapat juga banyak pilihan drop down menu yang ada di web-web selain yang dicadangkan oleh Faizal and de group ini.
Kelemahan :
Ø  Drop down menu ini agak sukar untuk diaplikasi apabila kita menggunakan template tertentu. Template yang saya pilih untuk blog ini juga agak sukar untuk dimasukkan drop down menu dan saya keep trying untuk mencari drop down menu yang sesuai dan praktikal untuk blog saya ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI (Minggu 3 / 09 Mac 2013)

Pada minggu 3 ini, pembelajaran menjadi semakin menarik. Pensyarah dan pelajar-pelajar menjadi lebih selesa bekerjasama antara satu sama lain. Pensyarah turut memberi penjelasan lebih lanjut berkenaan dengan tugasan yang diberikan dan senarai tugasan ini boleh dimuat turun di web MyGuru.
Pada jam pertama,  Cik Asmayati  menerangkan kepada kami dengan lebih lanjut akan setiap tugasan yang perlu kami lakukan dan tarikh akhir setiap tugasan perlu dihantar. Beliau memberi penekanan kepada pengisian yang perlu ada di dalam e-porfolio kami iaitu :
1)      Our profile including picture
2)      Career development pelan
3)      Our teaching philosophy
4)      Our list of assignment – include link of the assignment or compose directly in the blog
5)      Our Reflections for every week activities
6)      Online survey form and feedback if possible
7)      Artifacts any related materials

Tarikh akhir bagi menyiapkan blog ialah Minggu 12 (11 Mei 2013)
Ilmu baru yang saya peroleh pada pembelajaran hari ini adalah :
Ø  Pembinaan e-portfolio (blog)

Pada jam seterusnya, kelas disambung dengan tugasan peer teaching yang dimulakan dengan kumpulan 1 dengan tugasan mereka iaitu membina blog. Kumpulan 1 ini terdiri daripada Faizal, Helmi, Balan dan Durairaj. Pada tarikh ini,  akhirnya saya berpeluang untuk membuka blog bagi subjek kimia yang  telah lama saya inginkan. Tanpa berfikir panjang, nama yang terpilih untuk nama blog saya ini ialah :

www.mytruechemistry.blogspot.com
Terima kasih kepada Faizal and de group yang menunjuk ajar kami satu-persatu untuk membina blog ini. Korang memang sesuai jadi Cikgu. Hehe..  Ok. Secara ringkasnya, ini adalah steps untuk kita memulakan langkah bagi membina blog dengan menggunakan web blogspot. Kredit untuk laman web ini sebab sangat-sangat friendly =)
Mula dengan  google.com àbloggerà create your free blogàsign up, contoh:  (m.awar8411@gmail.com) à continue to bloggerà new blogàcreate new blog, contoh:  (MyTrueChemistry) àcreate new postàseterusnya, kita  bolehlah masukkan sebarang info, gambar, video dan apa jua bahan untuk dimuatkan di dalam blog kita à explore lagi pelbagai perkara mengenai blogspot yang pastinya akan mencantikkan lagi  blog kita.
      Kekuatan  :

Ø  Walaupun saya pernah membina blog sebelum ini, namun ilmu yang dikongsi sangat bermakna kerana kami diajar bagaimana untuk memasukkan header yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan. Selain itu, tugasan untuk membina blog ini sangat bermanfaat buat kami kerana blog ini boleh kami teruskan walaupun kami telah habis belajar di sini. Pastinya blog kami ini juga dapat dimanfaatkan oleh anak-anak murid kami.
Kelemahan :
Ø  Line Internet sangat perlahan dan merencatkan kelancaran proses pembinaan blog kami.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS